Penceramah : Ust. Zulkifli bin Ahmad ( JU Pendidikan Islam - JPN Kedah )
Tarikh : 22 Disember 2009
Tempat : Surau Al-Fajr ,Taman Fajar Sandakan
Mengingatkan orang ramai tentang Imam al-Ghazali yang menyoal anak muridnya dengan teka-teki iaitu :
i. Apakah yang paling dekat ?
ii. Apakah yang paling jauh ?
iii. Apakah yang paling berat ?
iv.Apakah yang paling besar ?
v. Apakah yang paling ringan ?
vi. Apakah yang paling tajam ?
Anak muridnya menjawab yang paling dekat ialah ayah ibu,yang paling jauh ialah matahari,yang paling berat ialah batu besar,yang paling besar ialah gajah,yang paling ringan ialah kapas dan yang paling tajam ialah lembing.
Dijawab oleh Imam al-Ghazali,jawapan kamu betul tapi kurang tepat. Jawapan yang betul ialah :-
i. Apakah yang paling dekat ? Jawapannya ialah kematian
ii. Apakah yang paling jauh ? Jawapannya ialah masa yang telah berlalu
iii. Apakah yang paling berat ? Jawapannya ialah amanah
iv.Apakah yang paling besar ? Jawapannya ialah nafsu
v. Apakah yang paling ringan ? Jawapannya ialah meninggalkan solat
vi. Apakah yang paling tajam ? Jawapannya ialah lidah
Nafsu terbahagi kepada 3 jenis :-
i. Nafsu Ammarah - Buat kejahatan kemudian berasa bangga dengan kejahatan itu
ii. Nafsu Lawwamah - Sekejap buat baik,sekejap buat kejahatan dan bersaing antara keduanya ( kebaikan dan kejahatan )
iii. Nafsu Mutmainnah - Nafsu yang tenang dan mendapat keredhaan Allah Taala
Semoga mendapat manfaat.
Rabu, Disember 23, 2009
Isnin, Disember 21, 2009
Sabtu, Disember 19, 2009
Selasa, Disember 15, 2009
Sejarah Kalendar Islam
Permulaan penggunaan Kalendar Tahun Hijrah / Hijriah adalah hasil dari ilham Khalifah Ar-Rasyidin yang kedua iaitu Saiyidina Umar Al-Khattab radhiyallahu `anhu. Ini adalah turutan dari Kesatuan Arab yang ditubuhkan di bawah naungan Islam pada zamannya.
Ada satu riwayat lain yang mengatakan bahawa Gabenor Abu Musa Al-As'ari telah mengirimkan surat kepada Saidina Umar r.a minta beliau menjelaskan tentang tahun bagi tarikh surat/arahan Umar yang telah dihantar kepadanya. Maka dengan ini beliau (Umar r.a) mahukan satu kalendar / taqwim Islam yang khas untuk menggantikan tahun rujukan kalendar yang berbagai-bagai yang digunakan oleh bangsa-bangsa Arab dan bangsa-bangsa lain pada zaman itu.
Di kalangan bangsa Arab sendiripun ada berbagai-bagai kalendar yang digunakan seperti Kalendar Tahun Gajah, Kalendar Persia, Kalendar Romawi dan kalendar-kalendar lain yang berasal dari tahun peristiwa-peristiwa besar Jahiliah. Maka Umar telah memilih tahun yang terdapat di dalamnya peristiwa paling agung dalam sejarah Rasullullah s.a.w untuk dijadikan asas permulaan tahun pertama bagi kiraan kalendar / taqwim Islam.
Peristiwa tersebut adalah peristiwa hijrah Rasullullah saw dari Makkah ke Madinah. Ini adalah kerana dengan hijrah inilah permulaan pertolongan Allah kepada RasulNya dan agama Islam ditegakkan. Hasil dari itu, Kesatuan Arab lebih sistematik, bersatu dan tersusun serta mendapat berbagai-bagai kejayaan besar dan bertambah kuat hasil dari pilihan Umar itu.
Di antara kejayaan besar Islam waktu itu ialah kerajaan Kisra dapat ditumbangkan, Baitul Muqaddis dibebaskan dari Rom dan Masjidil Aqsa dibangunkan. Setelah Umar membandingkan kalendar tersebut dengan kalendar-kalendar Persia dan Romawi, didapati bahawa kalendar ini ternyata lebih baik. Maka dengan itu Umar mengisytiharkan Kalendar Tahun Hijrah adalah Kalendar / Taqwim Islam yang rasmi.
Sumber : Mohd Fauzi Ismail, Unit Sumber Maklumat JMM

Sabtu, Disember 12, 2009
Selamat Pengantin Baru
Dapatkan Mesej Bergambar di Sini
Selamat Pengantin Baru kepada rakan sekerja Sharul Hafifi pada 13 Disember 2009. Semoga berbahagia hingga akhir hayat.
Langgan:
Catatan (Atom)