Selasa, Mei 04, 2010

Antara Solat dan Aurat

Assalamualaikum, selawat keatas nabi Muhammad saw dan seluruh ahlul baitnya


http://www.muslimdaily.net/berita/baby1.jpghttps://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjeRdk-eQG9Ajg89-Z8Pv8BffPUjc3I_EIZchLNvPJ9IfWq590JpvcJ8A9qkGdId-hABoMBCRhr1vxRLvg7QC-VXTKlFclW3HshkJXDm227neLHLTZH5TbDNAxcgS1I1sdFaFhfcB_ZNiX8/s400/solat_2.jpg


Solat merupakan rukun Islam kedua dan merupakan amalan yang paling utama dan paling dicintai oleh Allah Ta’ala. Ar-Rasul -alaihishshalatu wassalam- menjadikannya sebagai penjaga darah dan harta, sehingga apabila seseorang meninggalkannya maka darah dan hartanya akan terancam. Kerana sangat pentingnya solat ini,kita melihat begitu ramai masyarakat yang memberi perhatian yang amat serius dalam mendalami ilmu - ilmunya. Di masjid, surau maupun di radio, sekiranya ada soal jawab berkenaannya amat ramailah yang mengambil bahagian, bukan sekadar orang muda malahan golongan dewasa ataupun tua masih lagi bersoal jawab.


Senario ini memberi makna bahawa penjagaan solat amat dititikberatkan oleh masyarakat islam yang beriman. Atas alasan apakah solat diberi perhatian dan penelitian? Tentulah kerana masyarakat islam beriman pada Al Quran, kerana Arahan Allah tentang solat ini disampaikan oleh Al Quran yang diterjemahkan oleh nabi Muhammad saw.


Yang menjadi aneh kenapa ayat - ayat Al quran berkenaan aurat dan perhiasan tidak diberi perhatian dan penelitian seperti arahan solat khususnya kaum wanita. Contoh seperti ayat (i) Wahai Nabi!katakanlah kepada isteri - isterimu dan isteri - isteri orang mukmin,"hendaklah mereka menutupkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka."....(QS. Al Ahzab : 59) (ii) “dan janganlah menampakkan perhiasan mereka, kecuali kepada suami mereka…” (QS. an-Nur : 31).Saya tidak bermaksud untuk menterjemahkan ayat ini, tetapi ingin mengajak terutamanya diri saya sejauh mana kita patuh dan beriman dengan ayat - ayat ini.


Adakah kita taat dan patuh pada ayat ini, sepertimana kita patuh pada ayat - ayat solat. Terkadang kita melihat muslimat yang tidak menutup aurat lantas mengenakan telukung lalu bersolat. Ibu - ibu yang melabuhkan jilbabnya terkadang memperlihatkan perhiasannya. Inilah persoalan yang agak serius melanda umat islam masa kini yang tidak beriman pada Al Quran seluruhnya.


Marilah kita teguhkan iman kita dengan memberi perhatian khusus dan serius berkenaan aurat dan perhiasan seperti mana kita memberatkan bab solat.


Kredit to Norani bt. Talib

Sabtu, Mei 01, 2010

MANUSIA BERHADAPAN DENGAN 6 PERSIMPANGAN














Abu Bakar r.a. berkata, " Sesungguhnya iblis berdiri di depanmu, jiwa di sebelah kananmu, nafsu di sebelah kirimu, dunia di sebelah belakangmu dan semua anggota tubuhmu berada di sekitar tubuhmu. Sedangkan Allah di atasmu. Sementara iblis terkutuk mengajakmu meninggalkan agama, jiwa mengajakmu ke arah maksiat, nafsu mengajakmu memenuhi syahwat, dunia mengajakmu supaya memilihnya dari akhirat dan anggota tubuh menagajakmu melakukan dosa. Dan Tuhan mengajakmu masuk Syurga serta mendapat keampunan-Nya, sebagaimana firmannya yang bermaksud, "....Dan Allah mengajak ke Syurga serta menuju keampunan-Nya..."

Siapa yang memenuhi ajakan iblis, maka hilang agama dari dirinya. Sesiapa yang memenuhi ajakan jiwa, maka hilang darinya nilai nyawanya. Sesiapa yang memenuhi ajakan nafsunya, maka hilanglah akal dari dirinya. Siapa yang memenuhi ajakan dunia, maka hilang akhirat dari dirinya. Dan siapa yang memenuhi ajakan anggota tubuhnya, maka hilang syurga dari dirinya.
Dan siapa yang memenuhi ajakan Allah S.W.T., maka hilang dari dirinya semua kejahatan dan ia memperolehi semua kebaikan."

Iblis adalah musuh manusia, sementara manusia adalah sasaran iblis. Oleh itu, manusia hendaklah sentiasa berwaspada sebab iblis sentiasa melihat tepat pada sasarannya.

Kredit to Kedahlanie.blogspot.com

Ahad, Februari 07, 2010

Kemanisan Iman ( Iman Mutiara Hidup )

Daripada Ibnu Abbas r.a Nabi Saw bersabda: ” Dapat merasai kemanisan iman , orang yang meredhai ALLAH sebagai TUHAN, ISLAM sebagai AGAMA, dan MUHAMMAD sebagai RASUL.

Pengajaran yang kita dapati daripada hadis ini ialah:

1. Kemanisan Iman itu hanya boleh dirasai oleh orang yang:
* Redha Allah sebagai Tuhan
* Islam sebagai Agama
* Nabi Muhammad saw sebagai Rasul

2. Tidak merasa berat atau susah menjadi seorang Islam

3. Mentaati segala perintah Allah, Menjauhi Larangan-Nya

4. Menjadikan Nabi MUhammad saw idola sepanjang zaman

5. Bangga menjadi seorang yang Muslim atau beragama Islam

6. Kemanisan iman akan membuat hidup kita serba lengkap, serba cukup dan sangat bahagia dan penuh ketenangan


rujukan: http://www.ustazahazimah.amirhakimi.com/2009/12/23/merasai-kemanisan-iman/

Jumaat, Januari 01, 2010

KPI untuk ibu bapa

Keys Perfomance Index ( KPI ) atau Petunjuk Prestasi Utama untuk ibu bapa ada 6 perkara seperti berikut :

i. Memastikan anak-anak bersolat 5 waktu sehari semalam
ii. Memastikan anak-anak membaca dan memahami Al-Quran setiap hari
iii.Memastikan anak-anak mendapat makanan dan minuman yang halal dan bersih
iv.Memastikan menyemak buku sekolah atau latihan anak-anak sekurang-kurangnya 1 kali seminggu
v. Memastikan anak-anak mencapai sasaran pencapaian setiap matapelajaran sekurang-kurangnya 80% ke atas
vi. Memastikan berjumpa dengan guru kelas atau guru matapelajaran sekurang-kurangnya 1 kali setiap semester persekolahan.

Jika perkara di atas dapat dilaksanakan dengan jayanya,ibu bapa tersebut mempunyai KPI yang memuaskan dan cemerlang.